Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Jul 3, 2010

Kapal Israel berlabuh di Malaysia?


Melayu mudah lupa dan mudah alpa!!

Kita kata Jom Boikot barangan Yahudi tapi lepas sebulan serangan ke atas Gaza tamat, pemikiran kita mula lembam, enam bulan selepas itu sedikit demi sedikit mula lupa dan selepas setahun terus lupa.

Tahniah diucapkan kepada Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) serta pengendali pelabuhan yang diswastakan iaitu Pelabuhan Barat (West Port) dan Pelabuhan Utara (North Port) kerana menjemput berlabuh kapal kargo bernama Zim Genova berlabuh di Pelabuhan Klang membawa kargo-kargo yang besar.

Zim Israel Navigation Company ialah syarikat perkapalan milik Israel. Statusnya lebih kurang macam MISC, syarikat perkapalan nasional kita.

Selain Zim Genova, kapal-kapal Zim lain yang berulang-alik ke Pelabuhan Klang ialah Zim USA (didaftarkan di Israel), Zim Kingston, Zim Monaco, Zim Dalian dan Zim Lovorno (yang kesemuanya didaftarkan di beberapa buah negara lain).

Zim USA, misalnya kali terakhir memasuki Pelabuhan Klang ialah sekitar 20 Mei lalu, kira-kira tengah hari (Sila layari http://www.marinetraffic.com/ais/shipdetails.aspx?mmsi=428000109)

PERSOALANNYA!!! Sekiranya kita tiada hubungan dua hala dengan Israel, mengapa dibenarkan kapal-kapal mereka memasuki perairan kita? Mengapa berdagang dengan mereka? Apa yang berlaku ini?

Benarkah 1 MALAYSIA bermakna kita juga 1 dengan ISRAEL??

Tahniah kerana menjadi penyokong kuat pihak yahudi yang memang terkenal dengan keganasan dan sifat zalim terhadap umat Islam khususnya penduduk Palestin!

0 comments:

Other Income

All Posts

 

© Big Money Working Smart | Templates by: theblogtemplates.com | Submit URL; 4.3.11 | Spampoison!

Counter Powered by  RedCounter