Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Mar 29, 2010

Panduan mendaftar Real Akaun Forex: IkoFx.com

0 comments

Untuk mendaftar sila klik di sini..

Langkah 1:

Klik logo seperti dibawah;



Isikan alamat email anda dan klik butang submit..

Panduan mendaftar Real Akaun Forex
Panduan mendaftar Real Akaun Forex

Selepas itu anda akan menerima mesej di email anda yang mengandungi login id dan password ke kabinet anda.

PENTING: Sila simpan Login ID dan Password ini!



Sila login ke kabinet (http://secure.ikofx.com/cabinet/) anda untuk verify akaun dan update profile peribadi.



Langkah 2:

PENTING: Selepas anda berjaya verify akaun dan mengupdate butir-butir peribadi (sila berikan butir-butir pengenalan yang betul), anda akan diberikan satu lagi Login ID dan Password (berlainan dari yang diatas) untuk login ke platform Meta Trader 4 anda.

Meta Trade 4 Login ID dan Password

Hello Pictures, Images and Photos




Sila gunakan Account Number dan Trading Account Password untuk login ke Platform Meta Trade 4 anda!

PENTING!

Login id dan password di kabinet dan platform meta trade anda adalah berlainan dan di 'Generate' secara automatik oleh system.

Cabinet Account/Akaun Kabinet anda berfungsi untuk urusan verify butir-butir peribadi dan urusan PENGELUARAN wang dll.

Manakala Platform Meta Trade 4 pula adalah tempat/software untuk anda menjalankan urusan Forex Trading.

HAPPY TRADING!

Panduan Menggunakan Platform Meta Trade 4

0 comments

Disini saya menyediakan panduan mudah bagaimana menggunakan platform Meta Trade 4 untuk menjalankan aktiviti Forex trading.

Buka akaun terlebih dahulu jika anda belum ada akaun Forex.. Signup

1. Sila download MT4 platform http://ikofx.com/files/iko4setup.exe dan extract file setelah selesai download.

2. Selesai extract klik butang untuk proses login..

3. Login ke terminal forex dengan mengisi username anda dan password;-



4. Untuk BUY atau SELL klik pada butang NEW ORDER



Paparan berikut akan keluar..



Anda juga boleh setkan Take Profit atau Stop Loss dan klik pada butang SELL atau BUY bergantung pada trade anda.

5. Modify/mengubah atau Close trade.



Untuk mengubah atau menutup Open trade yang telah anda lakukan hanya klik kanan pada Open position dan anda boleh melihat butang CLOSE ORDER atau MODIFY or DELETE ORDER

Klik butang CLOSE untuk menutup trade secara manual;



atau untuk mengubah seting stop loss atau take profit (target pips)..



Hanya semudah itu, HAPPY TRADING!

Mar 3, 2010

Perdagangan mata wang haram

0 comments

Apakah hukum melabur dalam perdagangan mata wang asing (forex)?ZAHARUDDIN: Bagi menjawab soalan ini, kita perlu memahami dua jenis bentuk pelaburannya iaitu:

Melabur wang ringgit anda ke dalam satu syarikat yang memperolehi untung melalui forex.

Melantik satu platform atau syarikat untuk menjalankan jual beli wang asing dan simpan. Semua transaksi dijalankan oleh individu itu sendiri, syarikat hanya menyediakan platform dan mengambil upah perkhidmatan sahaja.

Pertama: Hukum bagi melabur dalam syarikat yang menjalankan forex:

Forex adalah suatu jenis perdagangan atau transaksi yang memperdagangkan mata wang suatu negara terhadap mata wang negara lainnya. Ia melibatkan pasar-pasar mata wang utama di dunia selama 24 jam secara berterusan.

Benar, memang pertukaran mata wang adalah diharuskan, tetapi keharusannya tertakluk kepada sejauh mana ia menurut garis panduan yang dikeluarkan dari hadis nabi yang sahih. Iaitu:-

Ditukar (serah dan terima) dalam waktu yang sama ia disebut dalam hadis sebagai yadan bi yadin. Dalam bahasa Inggerisnya adalah on the spot basis.

Ia datang dalam banyak hadis. Antara yang paling utama adalah sabda Nabi SAW yang bermaksud:

Emas dengan emas (ditukar atau diniagakan), perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus (pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual-belilah kamu sebagaimana yang disukai. (riwayat Muslim, no. hadis 4.039, 11/9)

Sesungguhnya Rasulullah SAW berkata: Pertukaran antara perak dan emas adalah riba kecuali jika ia dilakukan secara serentak (serah terima dalam satu masa). (riwayat Muslim, no. 1586, 3/1209)

Pembelian secara hutang dari salah satu antara dua pihak adalah haram berdasarkan hadis Rasulullah SAW melarang dari menjual emas dan perak secara berhutang. (riwayat Al-Bukhari, no. 2070, 2/762)

Hadis-hadis tadi menyebut perihal disiplin Islam dalam pertukaran emas dan perak. Untuk informasi, ulama bersepakat bahawa mata wang (bank note) juga adalah sama disiplinnya dengan emas dan perak disebabkan nilai dan fungsinya sebagai medium of exchange.

Justeru setiap disiplin dan syarat transaksi yang melibatkan emas dan perak juga terpakai pada urusan transaksi mata wang.

Demikian keputusan Majlis Fiqh Antarabangsa dan juga Majlis Kewangan Islam Antarabangsa di bawah Pertubuhan Akauntan dan Pengauditan untuk Institusi Islam (AAOIFI).

Forex dalam mata wang yang diuruskan oleh syarikat konvensional sudah pasti tidak akan menjaga syarat ini. Sebabnya, kebanyakan forex di institusi konvensional adalah forward forex atau forex yang menggunakan value forward (nilai masa hadapan) yang tergolong dalam riba nasiah. Mereka juga kerap menggunakan SWAP, Options dan lain-lain instrumen yang tidak halal di sisi syariah.

Tidak saya nafikan, bahawa ada institusi kewangan Islam yang melakukan forex ini setelah dapat kelulusan Majlis Penasihat Syariah mereka. Namun semua mereka hanya terlibat dalam forex jenis spot dan bukannya jenis forward. Jika adapun jenis forward ia menggunakan konsep Al-Wa'd atau unilateral promise yang telah disepakati keharusannya.

Apa yang pasti, Majlis Syariah telah meletakkan beberapa syarat dan bukannya secara bebas begitu sahaja.

Justeru melabur modal (seseorang melabur dan menunggu untung sahaja) dan di dalam institusi kewangan konvensional yang memperolehi untung melalui cara forex adalah tidak halal di sisi Islam.

Ia adalah keputusan Panel Penasihat Syariah Dunia di bawah AAOIFI.

Kedua: Hukum perdagangan forex yang dijalankan sendiri.

Bagi mengetahui hukum bagi bentuk kedua ini, ia tertakluk kepada:

Kesahihan dan kewibawaan syarikat platform dari sudut lesennya dan pengenalannya. Ia diperlukan bagi mengelak anda ditipu oleh platform syarikat yang tidak sebenar.

Butiran terperinci berkenaan platform ini mestilah diteliti dan boleh diperolehi. Jika tidak, transaksi anda adalah syubhat dari awal lagi kerana ada unsur gharar.

Jika platform tersebut punyai wibawa dan lesen serta maklumat yang sangat mencukupi, perkara kedua adalah menilai akta-akta berkaitan aktiviti ini dari badan berwajib di Malaysia.

Ini perlu bagi memastikan anda tidak terlibat dengan aktiviti menyalahi undang-undang negara.

Jika yang kedua juga lulus, saya kira transaksi jual mata wang asing dan simpan dan kemudian jual semula apabila harga tukarannya naik adalah harus pada hukum asalnya apabila terdapat keperluan untuk menukarkan mata wang tersebut. Ini kerana ia secara automatiknya dilaksanakan menurut kaedah spot.

Cuba kita sama-sama memahami dan menyemak bagaimana proses ini dilakukan secara ringkas dan melihat perspektif hukum Islam tentangnya.

Walaupun berniaga sendiri forex dan memenuhi syarat ini dibenarkan, kebenaran itu adalah tatkala wujud keperluan sahaja. Namun apabila ia dijadikan sebagai sebuah pelaburan dan kemudian, cuba mendapatkan untung atas pertukaran nilai mata wang terbabit, ia telah berubah dari hukum harus kepada haram kerana wujudnya unsur perjudian dan spekulasi di situ.

Di samping isu-isu lain seperti gharar dan keterlibatan riba dalam leverage. Apa pun, yang pasti perniagaan forex trading wang kertas pelbagai negara untuk meraih untung atas perbezaaan nilai mata wang adalah haram.

Sebabnya, ia adalah judi dan penyebab mudarat kepada sistem ekonomi dunia dan penyumbang kepada inflasi serta ketidakstabilan nilai mata wang.

Other Income

All Posts

 

© Big Money Working Smart | Templates by: theblogtemplates.com | Submit URL; 4.3.11 | Spampoison!

Counter Powered by  RedCounter