Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

May 30, 2010

Download Fail Dengan Lebih Berkesan


Prestasi pelayar web semasa memuat turun (download) fail dalam internet kadangkala mengecewakan. Malah, prestasi di kalangan pelayar web turut berbeza. Bagi menangani isu ini, pelbagai perisian khas telah direka. Antaranya, perisian Orbit Downloader 2.8 yang cuba bersaing dengan Free Download Manager 2.6.

Majoriti pelayar web masa kini mampu memuat turun pelbagai fail dalam internet. Cuma prestasinya ketika memuat turun fail adakalanya tidak seperti yang anda harapkan. Lebih-lebih lagi jika membabitkan fail-fail bersaiz besar atau banyak bilangannya. Malah prestasi memuat turun dikalangan perisian pelayar web turut berbeza. Bagi menangani isu ini, pelbagai perisian yang dikhususkan untuk memuat turun fail telah direka. Contohnya, perisian Orbit Downloader 2.8 yang cuba menandingi kehebatan Free Downloader Manager 2.6.

Perisian unik dan berkuasa ini boleh mengendalikan proses muat turun fail yang anda temui dalam internet. Bersandarkan teknologi P2P, perisian ini mampu melonjakkan kuasa pecutannya ketika memuat turun fail. Malah, keupayaannya berintegrasi dengan pelayar web popular seperti Microsoft Internet Explorer, Mozilla Firefox memang dialu-alukan. Jika fail yang dimuat turun terputus, anda boleh meneruskan prosesnya bila-bila masa. Bukan itu sahaja, anda boleh mengutip fail-fail media (seperti video flash) dengan lebih mudah.

Jadi, mulakan langkah anda dengan memuat turun (download) perisian ini ditapak web pemajunya di http://www.orbitdownloader.com/index.htm

0 comments:

Other Income

All Posts

 

© Big Money Working Smart | Templates by: theblogtemplates.com | Submit URL; 4.3.11 | Spampoison!

Counter Powered by  RedCounter