Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

May 22, 2010

Aplikasi iPhone Terbaik


iPHONE. Telefon, pemain media dan juga peranti digital yang semakin 'meletup' akhir-akhir ini. Memiliki iPhone seumpama memiliki pelbagai peranti digital pada satu produk iaitu dengan adanya fungsi kamera, perakam video, pelayar internet, pemain muzik dan banyak lagi. Ciri-ciri ini juga membuatkan lebih banyak aplikasi dihasilkan setiap hari untuk pengguna memanfaatkan iPhone sebaiknya. Untuk itu, berikut antara 5 yang saya rasakan terbaik.

1. Facebook
Berhubung dengan rangkaian sosial secara mobil. Versi terbaharu mempunyai skrin utama yang memudahkan anda mengakses menu kegemaran seperti profil, inbox, suapan foto dan foto.

2. Ice Tycoon
Siapa yang tidak suka aiskrim bukan. Dengan Ice Tycoon anda akan mengalami keseronokan membuka kedai aiskrim sendiri dan melayan permintaan pelanggan.

3. PhotoChop
Dahulu aplikasi ini berbayar, namun sekarang ditawarkan percuma. PhotoChop membenarkan anda berseronok dengan gambar secara menambah efek gambar.

4. iHandy Level Free
Nama pun free, sememangnya aplikasi in percuma. Anda tidak perlu bersusah-payah membawa kayu pengukur paras kerana aplikasi ini ada atas bantuan Accelerometer.

5. RunKeeper
RunKeeper menggunakan teknologi GPS dalam iPhone untuk mengukur aktiviti kesihatan anda seperti berapa jauh anda berjoging, kalori yang dibakar serta boleh menyimpan sejarah aktiviti di runkeeper.com

0 comments:

Other Income

All Posts

 

© Big Money Working Smart | Templates by: theblogtemplates.com | Submit URL; 4.3.11 | Spampoison!

Counter Powered by  RedCounter