Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Apr 28, 2010

Menukar fail Doc ke PDF secara online


Menukar fail .doc kepada PDF kadangkala boleh menjadi tugas yang sukar sekiranya kita tidak dilengkapi perisian yang sewajarnya. Namun tugas ini boleh dipermudah sekiranya kita tahu mencari servis aplikasi percuma ditalian. Malah servis ini tidak memerlukan muat turun atau pemasangan pada komputer. Bagi mereka yang ingin segera menukarkan fail .doc kepada PDF dan mempunyai sambungan ke internet, ini antara pilihan terbaik untuk anda. Cara ini juga pilihan yang baik bagi pengguna Netbook yang mempunyai ruang storan terhad.

Acrobat.com
Penukar fail PDF yang cukup menarik tetapi terhad kepada 5 pertukaran sahaja. Untuk menggunakan acrobat.com, anda perlu mendaftar terlebih dahulu bagi membolehkan anda memuat turun ia ke PC selepas ditukarkan. Pertukaran dilakukan secara automatik dalam masa beberapa minit bergantung kepada saiz fail. Acrobat.com bukan sahaja menukar fail, malah boleh menyimpan dokumen untuk kegunaan akan datang. Suntingan asas dokumen juga boleh dibuat seperti menukar mukataip, warna, bold, italik dan alignment teks.

Neevia Technology
Satu lagi laman web yang menyediakan aplikasi penukar dokumen yang baik. Neevia.com memberi anda pilihan untuk menunggu fail yang ditukarkan pada browser atau anda boleh menerimanya secara dihantar ke email. Malah, anda boleh tetapkan keserasian fail yang ditukar sama ada versi Acrobat 4.0, sebelum atau selepasnya. Tetapan watermark dan resolusi fail juga boleh dibuat di sini.

PDF Online
PDF online pula menyediakan aplikasi penukar dokumen ke PDF, PDF ke Word. Web ke PDF dan servis PDF untuk iPhone. Bagi menjalankan aplikasi ini, anda hanya perlu memuat naik sokumen sama ada Word, Excel atau Power-Point tanpa perlu mendaftar terlebih dahulu dan fail yang telah ditukarkan akan dihantar ke alamat email yang anda tetapkan. Saiz fail bagaimanapun terhad kepada 2MB sahaja dan tidak boleh fail yang besar-besar.

PDF Converter
Aplikasi percuma dengan antaramuka ringkas. Anda perlu sediakan alamat email untuk menerima fail yang telah ditukarkan dan ia boleh menukar pelbagai dokumen, web dan imej kepada PDF.

PrimoPDF
Penukar PDF berasaskan web yang ringkas dan pantas. Anda boleh menukar fail sehingga 10MB dengan memuat naiknya atau masukkan alamat URL untuk ditukarkan. Fail format PDF akan dihantar terus ke email anda apabila selesai.

0 comments:

Other Income

All Posts

 

© Big Money Working Smart | Templates by: theblogtemplates.com | Submit URL; 4.3.11 | Spampoison!

Counter Powered by  RedCounter