Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH
Showing posts with label Mencari Ketenangan Hati. Show all posts
Showing posts with label Mencari Ketenangan Hati. Show all posts

Feb 28, 2011

Mencari Ketenangan Hati

0 comments

Kenapa manusia sering tertanya-tanya tentang cara mencari ketenangan hati sedangkan telah terang dan jelas bahawa hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati kita menjadi aman tenteram.

Allah telah berfirman;

"Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia". (Surah Al-Ra‘ad: 28)

"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci Al-Qur‘an yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah". (Surah Al-Zumar: 23)

"Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya". (Surah Al-Hajj: 35)

Perhatikan bait-bait yang indah ini;

Kau tempatku mengadu hati
memberi segala hidup
dunia dan seisinya milik-Mu
mencintai-Mu sejati

ku manusia yang penuh dosa
berharap ampunan-Mu
lihat di langit kesempurnaan hati-Mu
Kau cinta pertama dalam hidup

Allahu Akbar Maha Besar
memuja-Mu begitu indah
selalu Kau berikan semua
kebesaran-Mu Tuhan

kebesaran-Mu Tuhan




Hentikan kebingungan anda kerana Ia ada disisi setiap masa.

Other Income

All Posts

 

© Big Money Working Smart | Templates by: theblogtemplates.com | Submit URL; 4.3.11 | Spampoison!

Counter Powered by  RedCounter