Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Aug 15, 2011

Gambar Bendera Zionis Israel Dalam PC/LAPTOP Anda?!

0 comments

Buka Komputer/Laptop anda pada Local Disk (C) :\ Program Files \ Microsoft Office \ MEDIA \ CAGCAT10, cari gmbr 'bernama' J0285926 (Seperti gambar dibawah). Anda akan menemui gambar Lambang/Bendera Zionis Israel lengkap (persis dengan warna aslinya) dgn lilin (sarana ibadah mereka). Sebaiknya korang delete! Gambar tersebut ada di seluruh PC & Laptop.


SEBARKAN SEMAMPUNYA..

Aug 8, 2011

Info Menarik Untuk Tatapan

0 comments

Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.

Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,

Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan

Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km

 Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan

Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

 Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

 Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu

Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah

Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.

Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.

Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.

Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.

Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.

Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.

Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000
telur setiap hari.

Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu - di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7 peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku, sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.

Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4 meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah daripada membuat terowong bawah laut.

Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.

Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku pernah dicatitkan.

Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih berat badannya dalam masa 36 jam.

Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak-kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah.

Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.

Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.

Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kura- kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara betina menghasilkan bunyi yang berdesir.

Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.

Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air terjun ini.

Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit.

Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit ialah seberat 1.36 kg.

Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.

Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat.

Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys.

Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.

Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.

Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.

Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.

Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke puncak Menara Eiffel.

Seoul adalah ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya, Seoul bermakna `ibu negara'.

Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.

Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung berapi paling besar dalam sistem solar.

Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.

Drama pertama yang dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada tahun 3200 Sebelum Masehi- lebih 5,000 tahun lalu. Skrip drama yang dijumpai oleh seorang arkelogi di Luxor pada 1895 ditulis atas tumbuhan papyrus dan masih tersimpan hingga kini.

Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut.

Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.

Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama - belajar daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman. Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang lain; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan dalam hidup. Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri.

Semasa pemerintahan Kublai Khan, orang-orang Cina menggunakan singa untuk berburu. Mereka melatih singa untuk mengejar dan menangkap haiwan liar termasuk seladang serta beruang. Singa tersebut akan terus berada di samping binatang yang dibunuhnya itu sehingga pemburu sampai.

Seni membuat peta telah wujud lebih awal berbanding seni tulisan. Sebelum mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk Eskimo, Red Indian dan penduduk Kepulauan Marshall melukis pelan kawasan yang sudah mereka kenali. Peta tertua yang diketahui sekarang ini disimpan di Muzium Semitik, Harvard, Amerika Syarikat. Ia adalah kepingan tanah liat yang dibuat oleh masyarakat Babilonia bertarikh 2500 SM.

Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian dalam uji kaji sains dan perubatan. Kira-kira 30 ribu ekor monyet telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga tahun mereka menjalankan usaha mengenalpasti dan menjelaskan pelbagai jenis penyakit polio.

Dalam satu pertandingan kerja-kerja seni yang diadakan di Barcelona Acadeny of Arts, para pelajar diberi diberi masa sebulan untuk menyiapkan hasil kerja masing-masing. Pablo Picasso yang ketika itu berusia 15 tahun menyiapkan peperiksaan itu dalam masa sehari sahaja dan dia memenangi tempat pertama, menewaskan peserta-peserta yang lebih dewasa daripadanya.

Ia mengambil masa selama 5 bulan untuk memberitahu Ratu Isabella mengenai pengembaraan Columbus dan 2 minggu bagi masyarakat Eropah untuk mengenai tentang pembunuhan Presiden Amerika, Abraham Lincoln. Bagaimanapun, hanya 1.3 saat sahaja diperlukan untuk manusia menerima kata-kata pertama dari angkasawan Neil Amstrong bahawa manusia boleh berjalan di atas permukaan bulan.

Orang yang pertama menjejakkan kaki di benua Antartika adalah pelayar Amerika bernama John Davis. Dia melakukannya pada 7 Februari 1821. Namun demikian, dia tidak mendapat sebarang pengiktarafan semasa hayatnya kerana kejayaannya itu cuma diketahui umum pada 1955 apabila buku log kepalnya dijumpai dan diteliti.

Dr James Barry, wanita menyamar sebagai lelaki menjadi jeneral dalam tentera Ratu Victoria. Dr Barry menyertai pasukan perubatan tentera, berkhidmat selama 40 tahun sebagai doktor bedah dan juga ketua penyelia kepada beberapa buah hospital. Dalam tempoh itu, dia dikenali sebagai Dr James Barry, seorang lelaki. Jantina sebenar beliau hanya diketahui pada 1865 apabila dia meninggal dunia.

Jerung adalah binatang berbahaya, malah sebelum ia ia dilahirkan lagi. Saintis Stewart Springer telah digigit oleh satu embrio jerung pasir semasa beliau sedang memeriksa ibu jerung tersebut yang sedang hamil.

Seminit selepas anda membaca ayat ini, 100 orang kan meninggal dunia dan 240 bayi akan lahir. Mengapa? Kerana pertambahan populasi dunia dianggarkan sebanyak 140 orang seminit.

Maharaja Keempat Moghul, Jahangir yang memerintah dari 1605 hingga 1627 mempunyai 300 orang isteri, 5,000 gundik, serta 1,000 anak muda untuk "menghiburkannya". Di luar istana Jahangir, dia memelihara 12,000 ekor gajah, 10,000 ekor sapi, 2,000 ekor unta, 3,000 ekor rusa, 4,000 ekor anjing, 100 ekor singa jinak, 500 ekor kerbau dan 10,000 ekor burung merpati.

Benua Antartika meliputi kawasan seluas 14 juta km persegi. Jika India dan Cina dicantumkan, keluasan ityu masih gagal menandingi kawasan benua beku itu. 90% kawasan itu pula dilitupi ais dengan ketebalan kira-kira 2 km. Manakala keluasan litupan ais pula adalah 30 juta meter persegi. Jika semua ais di Antartika cair, paras laut akan naik mendadak di antara 50 - 60 meter yang akan menenggelamkan sebahagian besar muka bumi.

Jutawan Microsoft, Bill Gates serta keluarganya berpindah ke kediaman baru mereka berhampiran Seattle, Amerika. Rumah yang menelan kos US$50 juta itu dilengkapi pelbagai peralatan elektronik canggih. Antaranya penghuni boleh mengawal suhu yang dikehendaki dalam rumah dengan menggunakan sejenis pin khas yang hanya dilekatkan di kocek baju.

Senjata biologi menjadi kegemaran di kalangan kuasa besar kerana kosnya yang amat murah. Misalnya mereka hanya perlu membelanjakan US$1 untuk memusnahkan kawasan seluas satu kaki persegi berbanding
US$600 menggunakan senjata kimia US$800 senjata nuklear atau US$2,000 dengan senjata konvensional.

Senjata biologi telah digunakan sejak permulaan abad ini. Kali pertama digunakan oleh bangsa Rom dengan memasukkan haiwan mati kedalam empangan untuk meracun sumber air musuh.

Purata pisang mengandungi 90 kalori, kira-kira 90% keperluan kabohidrat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia juga mempunyai vitamin B dan C serta potasium (kalium) yang dapat menghasilkan tenaga.

Paus beluga yang ditemui di Lautan Artik, Kanada boleh bergerak sejauh 700 batu sehari. Haiwan ini hanya perlu menyedut oksijen setiap 20 minit.

Sungai Amazon di Amerika Selatan yang merupakan sungai terbesar di dunia, mengandungi dua pertiga daripada kandungan air sungai seluruh dunia.

Semut mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan, jika dibandingkan dengan nisbah saiz badannya.

Cacing gergasi Australia- cacing terpanjang di dunia boleh membesar sehingga 2 meter panjang.

Wira Greek, Agamemnon yang merupakan pahlawan terbilang empayar tersebut menemui ajalnya bukan dimedan perang tetapi di tangan isterinya sendiri selepas dia kembali dari perang Trojan.

Anugerah Oscar mendapat namanya pada 1928 apabila Margaret Harrick, Pengarah Eksekutif Academy of Motion Picture Arts and Science USA mendapati bahawa ukiran patung manusia itu mempunyai rupa yang seiras dengan bapa saudaranya, Oscar.

Semut berkomunikasi dengan menggosokkan sesungutnya.

Bilangan telefon di bandaraya Tokyo, Jepun adalah lebih banyak daripada bilangan telefon yang terdapat di seluruh Afrika.

Pen berdakwat diperkenalkan pada tahun 1884 oleh Lewis E.Waterman, seorang agen insurans.

Apabila panglima Sepanyol yang menawan Peru, Francisco Pizarro, menculik ketua suku kaum Inca yang bernama Atahualpa pada tahun 1532, beliau meminta bayaran tebusan yang amat "menggerunkan"- sebuah dewan yang dipenuhi emas dan perak bernilai $170 juta!

Unta pertama kalinya dibawa ke hemisfera barat pada 1856 oleh David D.Porter, seorang anggota tentera laut US.

Sahara, padang pasir terbesar di dunia mempunyai keluasan 5,632,690 kilometer (3.5 juta batu) persegi.

Gajah Afrika hamil selama 640 hari.

Raja Uganda, King Mutasa, dianggarkan mempunyai isteri seramai 7,000 orang.

Tayar numat (berisi udara) diperkenalkan pada 1888 oleh John Boyd Dunlop- seorang pakar bedah veterinar berbangsa Scotland.

Mahasiswa Universiti Colorado menamakan gril baru kafeteria di universiti tersebut sebagai `Gril Alfred Parker' sempena tindakan Alfred Parker mempraktiskan kanibalisma dengan memakan daging salah seorang kawannya.

Zeuxis, pelukis terkemuka Greek pada abad ke 5 Sebelum Masehi meningal dunia ketika sedang ketawa melihat hasil lukisannya.

Ketua Perpustakaan Vatican, Rom (1819-1849), Giuseppe Caspar Mezzofanti mampu bertutur dalam 50 bahasa dan telah menterjemahkan hasil karya yang ditulis dalam 114 bahasa.

Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo, Afrika amat takut jika suami mereka terpikat dengan wanita-wanita lain. Bagi mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami mereka tidak lagi miang untuk mendekati wanita lain kerana nama isteri mereka sudah terpahat di dahi.

Ais krim adalah makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui siapakah yang mula-mula menemui cara-cara membuat ais krim. Sebenarnya orang yang mula-mula menemui cara membuat ais krim ialah seorang lelaki berbangsa Perancis bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620. Selepas penemuan tersebut, maka lahirlah pelbagai jenis perasa ais krim yang cukup melazatkan sehingga ke hari ini.

KIBBER adalah sebuah perkampungan kecil di kawasan bukit yang berpasir di Himachal Pradesh, India. Ia menjadi sebuah perkampungan tertinggi di dunia. Walaupun Kibber terletak di paras ketinggian 4,205 meter, namun ia menjadi sebuah perkampungan selesa walaupun di musim sejuk kerana kawasan tersebut mempunyai kemudahan asas yang lengkap bagi kegunaan penduduk di situ. Kibber sebuah perkampungan yang tidak boleh dianggap mundur dan daif sebaliknya akan menakjubkan dan menggamit hati setiap pengunjungnya. Walaupun ia berada di puncak gunung di sana tetap terdapat bekalan elektrik, jalan raya untuk kenderaan bermotor, sekolah dan pejabat pos serta klinik.

Adalah dianggarkan sebanyak 240 juta dolar dibelanjakan setiap hari untuk perbelanjaan membeli rokok di seluruh dunia. Pada masa sekarang industri rokok mencatatkan jualan tahunan di antara 85 - 100 billion dolar. Jumlah tersebut adalah menyamai satu per empat peruntukan pembelian senjata dunia.

Taj Mahal merupakan salah satu binaan yang terkenal di dunia yang dibina semata-mata bagi mengabadikan sebuah cinta yang suci seorang suami terhadap isterinya. Taj Mahal yang terletak di Agra, Uttar Pradesh, India adalah sebuah monumen tinggalan Kerajaan Moghul. Bangunan cantik tersebut diseliputi oleh batu marmar putih berkilauan. Di dalam bangunan tersebutlah bersemadinya permaisuri Maharaja Shah Jehan, Mumtaz Mahal. Shah Jehan amat menyintai isterinya lantas memerintahkan agar Taj Mahal dibina sebagai tanda cinta setianya kepada Mumtaz. Pembinaan Taj Mahal yang mengambil masa sehingga dua puluh tahun itu berjaya disiapkan pada 1653. Pembinaannya juga telah melibatkan ribuan tenaga buruh.

Pemimpin negara China yang terkenal dan diagung-agungkan oleh rakyatnya, Deng Xioping sebenarmnya mempunyai rahsia tersendiri bagaimana beliau berjaya mengekalkan kesihatan sehingga umurnya menjangkau lebih dari 90 tahun. Xioping menyatakan rahsia tersebut adalah amalannya mandi air sejuk dan bermain terup.

Seorang sherpa dari Nepal, Ang Rita telah berjaya mendaki hingga ke puncak gunung tertinggi, Everest untuk kali yang kesepuluh pada 23 Mei 1996. Apa yang menakjubkan ialah kesemua ekspidisi menawan puncak Gunung Everest yang dilakukan oleh Ang semenjak kejayaan pertamanya mendaki gunung tersebut pada 7 Mei 1983 tidak pernah menggunakan bekalan oksijen. Sementara itu, David Breashears dari Massachusetts, USA pula berjaya menjadi pendaki pertama yang sampai ke puncak Gunung Everest pada ketinggian 29,028 kaki dengan membawa peralatan untuk penggambaran yang paling berat.

Terowong semulajadi yang terletak di Kaveri di daerah Deewas, Madhya Pradesh, India merupakan terowong yang paling dalam di dunia. Kedalamannya melebihi 1,000 kaki dan lebarnya ialah 100 meter. Lubang besar semulajadi tersebut dianggap sebagai fenomena geologi yang luarbiasa.

Beberapa ahli sains di England yang diketuai oleh seorang embriologis di Institut Roslin, Edinburgh, Dr Ian Wilmut telah berjaya menghasilkan klon binatang dewasa yang pertama. Binatang yang berjaya diklon itu ialah seekor bebiri yang dinamakan DOLLY. Kambing tersebut adalah hasil cantuman tetek ibunya. Ini menyebabkan hasil kambing klon itu seiras dengan ibu kambing tersebut.

Kea adalah sejenis burung yang hanya boleh ditemui di New Zealand. Ia mempunyai kegemaran yang cukup aneh iaitu gemar memakan lapisan getah yang terdapat pada sekeliling tingkap kereta.

Tiga majalah mingguan terkemuka di dunia- Times, Newsweek, Sports Illustrated pernah menampilkan enam pesonaliti yang sama pada muka depannya secara serentak. Mereka ialah Joe Namath, Reggie Jackson, Mary Lou Retton dan OJ Simpson, Anggota Sekretariat Amerika dan pasukan hoki air Amerika Syarikat 1980 yang paling terkenal itu.

Seorang wazir agung Parsi, Abdul Kassem Ismael telah memiliki perpustakaan bergerak pada abad ke-10. Buku-bukunya yang berjumlah 117,000 buah terpaksa dibawa oleh 400 ekor unta yang terpaksa bertatih menyeberangi padang pasir ke mana sahaja di pergi.

Darah akan memancut apabila kulit seseorang luka, samada ditikam atau ditembak. Keadaan ini berlaku kerana jantung menghasilkan tekanan yang cukup kuat kerana ia berupaya mengepam darah pada kadar 10 meter.

Kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama lapan jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakamkan.

Jika anda lemparkan sekeping syiling sebanyak 10,000 kali ke udara, anda akan mendapati gambar bahagian `kepala' sebanyak 4,950 kali berbanding ekor. Keadaan ini berlaku kerana setiap syiling lebih berat di bahagian `kepala'.

Masyarakat Mesir purba akan mencukur bulu kening mereka sebagai tanda berkabung setiap kali kucing kesayangan mereka ditemui mati.

Semua planet dalam sistem solar dinamakan mengikut mitos Yunani dan Rom kecuali Uranus, yang didasarkan daripada salah satu watak dalam drama Shakespeare.

Sebanyak dua jenis ular mendiami Pulau Hawaii, ular laut yang jarang ditemui dan ular buta yang hidup seperti cacing tanah dalam lubang di bumi.

Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat.

Bendera Union Flag hanya dikenali di Britain sahaja. Tetapi nama itu berubah menjadi Union Jack di kalangan negara Komanwel selepas ia dibawa keluar dari negara itu.

Kesebelasan pemain bolasepak Bulgaria yang menyertai pertandingan akhir Piala Dunia 1994 di USA berakhir dengan huruf `ov'.

Usus manusia menghasilkan satu lapisan lendir (mukus) pada setiap dua minggu. Jika tiada lapisan baru terbentuk, kerana penyakit atau sebagainya, pelbagai asid yang dihasilkan oleh perut akan melukakan lapisan usus.

Chimpanzee kelihatan mempunyai lebih banyak rambut daripada manusia. Sebenarnya binatang itu mempunyai bilangan rambut yang sama cuma lebih lebat.

Seorang dewasa yang kuat bekerja akan berpeluh sehingga empat gelen sehari. Tapi kebanyakan peluhnya akan tersejat sebelum sempat mereka menyedarinya. Bagaimanapun kuantiti peluh yang terhasil bukan hanya bergantung kepada suhu dan kerja yang dibuat tetapi juga kelembapan cuaca ketika itu. Apabila kelembapan tinggi seperti di negara ini, peluh yang keluar lebih banyak berbanding dengan kawasan yang berkelembapan rendah. Pengeluaran peluh amat penting bagi menyejukkan badan. Tetapi anjing yang tiada kelenjar peluh masih boleh menyejukkan badannya. Haiwan ini akan mencungap-cungap (menjelirkan lidahnya) untuk mengeluarkan haba.

Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita.

Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih kacang dan kemudian terlupa tempat mereka menanamnya.

Sebanyak 50,000 perkataan digunakan oleh Ernest Vincent Wright untuk menghasilkan novel GADSBY. Tetapi tiada satu pun perkataan dalam novel itu yang mempunyai huruf 'E'.

Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah E manakala Q adalah huruf yang kurang digunakan.

Pencungkil gigi adalah objek yang biasanya menjadi punca rakyat Amerika Syarikat mati tercekik.

Setiap 45 saat, sebuah rumah dijilat api di U S A.

Laut Merah di Asia Barat mendapat namanya daripada warna alga merah di permukaannya.

Stesen kuasa atom pertama di dunia telah dibina di Obinsk berhampiran Moscow dan memulakan operasinya dalam tahun 1954.

Sudan di Afrika dikelilingi lapan negara iaitu Mesir, Libya, Chad, Republik Afrika Tengah, Zaire, Uganda, Kenya dan Ethopia.

Matahari adalah 330,330 kali lebih besar daripada bumi.

Terdapat lebih 50,000 gempa bumi di seluruh dunia setiap tahun.

Corak di hidung anjing digunakan sebagai pengenalan seperti cap jari pada manusia.

Lembu adalah haiwan yang buta warna; oleh itu ia akan mengejar apa saja yang dikibarkan di depan matanya oleh matador samada kain merah atau kuning.

Epal lebih berkesan daripada kafein untuk membuatkan seseorang itu mudah bangun pagi.

Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu mengurangkan berat badan.

Purata berat seketul bongkah ais (iceberg) adalah 20,000 tan.

Air Terjun Angel di Venezuela (Amerika Selatan) yang tingginya 988.31 meter adalah air terjun tertinggi di dunia dan lapan belas kali lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara.

Separuh daripada tulang dalam badan manusia terdapat di pergelangan tangan, buku lali, tangan dan kaki.

Litar motosikal di Piccola Madonie di Sicily, Italy mempunyai 9,350 selekoh bagi pelumbanya.

Otak manusia mempunyai 1,000 juta sel. Setiapnya bersambung kepada sekurang- kurangnya 10 sel berlainan untuk berbagai-bagai fungsi.

Semasa tidur, satu perempat daripada tenaga badan pergi ke otak kerana keaktifan 10,000,000,000 sel saraf perlu dipelihara.

Berat otak manusia hanya dua peratus daripada berat badan tetapi ia menggunakan 25 peratus oksijen yang disedut semasa berehar atau tidur.

Setiap hari jantung manusia mengepam darah seperti melakukan kerja mengangkat satu tan barang ke tingkat lima.

Kilat boleh mencampurkan nitrogen dan oksijen dan menghasilkan 100 juta tan makanan tumbuhan (baja) setahun.

Orang pertama menggunakan sapu tangan adalah King Richard II dari England (1367 - 1400). Beliau membawa sekeping kain kecil yang digunting untuk menyapu dan membersihkan hidungnya.

Gurun Sahara di utara Afrika mendapat namanya daripada 'Sahra' yang bermaksud liar atau terbiar.

Manusia akan hidup lima setengah minit lebih lama bagi setiap batang rokok yang tidak dihisap.

Sebuah ladang di Byelorussia (Soviet Union) menawarkan bonus sebulan gaji bagi pekerja yang tidak merokok.

Pada 1905 seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Forestier telah memanjat 729 anak tangga Menara Eiffel di Perancis dalam masa 3 minit 12 saat untuk sampai ke puncak.

Semasa kempen Napoleon di Italy pada 1796-97, pakar perubatannya telah menyediakan ambulans pertama bagi yang sakit dan cedera.

Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18 otot digunakan untuk senyum. Jangan membazirkan tugas otot muka anda

Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka di kulit atau terbakar.

Wanita pertama yang mendapat hak mengundi adalah dari New Zealand.

Kulit yang menyaluti seluruh badan manusia dianggarkan berukuran 18.5 meter persegi.

Ulat sutera boleh memintal benang sutera sehingga 86,000 kali berat badannya dalam masa 56 hari.

Badan akan kehilangan haba sehingga 23 kali lebih lama dalam air berbanding udara dalam suhu yang sama.

Kucing tidak boleh merasa rasa manis.

Pepatung hanya boleh hidup selama 24 jam sahaja.

Jul 11, 2011

Kemunculan Dajal

0 comments

Penyebaran video, kelahiran bayi mata satu dikaitkan kemunculannya

NAMA dajal kembali menguasai carta berita atau menjadi sebutan, khususnya dalam kalangan mereka yang kaki internet, baru-baru ini yang dikaitkan dengan penyebaran siri video mengenai kemunculan dajal serta kelahiran bayi lelaki bermata satu di India.


Biarpun tanpa mengambil kira kesahihan atau mereka di sebalik pembikinan video itu, termasuk kemungkinan perbuatan pihak yang mahu memesongkan akidah umat Islam, hakikatnya ia sudah cukup mencetuskan kekalutan mengenai dajal itu. Lalu timbullah persoalan benarkah dajal sudah muncul dan pertanyaan lain yang sememangnya hanya mampu dijawab oleh alim ulama.

Kegemparan itu ketara selepas berita kelahiran seorang bayi bermata satu di dahi dan tiada hidung, di India pada 23 Mac lalu. Bayi lelaki itu cuma hidup cuma hidup sehari tetapi sudah cukup mencetuskan kebimbangan yang mengaitkan kelahirannya dengan kemunculan dajal dan menolak pandangan doktor yang mengesahkan dia menghidap masalah cyclopia.

Doktor yang menyambut kelahirannya menerusi pembedahan turut terkejut dengan keadaan bayi itu. Ujian sonogram yang dilakukan ke atas ibunya Veena Chavan, 34, ketika kandungannya masuk ke usia 32 minggu menunjukkan janin itu berdepan masalah hydrocephalic, bermakna air berkumpul dalam otak.

Kecacatan atau masalah cyclopia jenis ini cuma terjadi paling kerap pun dalam satu bagi setiap 250 janin yang menjejaskan pembentukan otak ketika pembesaran janin. Dengan cyclopia, mata dan hidung tidak terbentuk dengan sempurna.

Bagaimanapun, keterangan doktor yang dibantu bukti saintifik tidak mampu menamatkan spekulasi yang semakin rancak mengenai kelahiran dajal terutama apabila ia disebut berketurunan Yahudi. Malah, seperti diapi-apikan pihak tertentu yang menggembar gemburkan kemunculan dajal pada 2009 apabila bayi bermata satu dilahirkan di Israel.

Baru-baru ini, penyebaran video bertajuk The Arrivals mengandungi 51 episod yang mengisahkan kedatangan Dajal, Imam Mahdi dan Nabi Isa turut mendapat perhatian ramai. Video berkenaan turut menyiarkan banyak teori konspirasi yang berlaku pada hari ini serta menganalisis mengenai orde baru dunia dan motif kumpulan yang mahu melaksanakannya.

Video berkenaan didakwa tidak hanya untuk tatapan umat Islam sebaliknya satu pendedahan kebenaran kepada seluruh umat manusia. Siri berkenaan bertujuan menjelaskan salah faham antara Islam dan Barat serta menilai asas kepada perpecahan itu.

Siri video pendek itu juga didakwa bertujuan menunjukkan kepada penonton petanda yang ada pada semua agama mengenai kewujudan Dajal, Imam Mahdi dan Nabi Isa.

Hakikatnya, memang kemunculan Dajal disebut dalam Hadis sebagai antara tanda besar Kiamat dan digambarkan memiliki satu mata dan perkataan kafir tertulis di dahinya. Dajal juga diperincikan mempunyai pengaruh kuat di dunia yang menarik ramai pengikut dan suaranya boleh didengar di Barat dan Timur. Berdasarkan teknologi sedia ada pada masa ini dalam bentuk televisyen dan internet, ia suatu hujah yang boleh diterima akal.

Matlamat utama Dajal ialah meyakinkan manusia ia adalah Tuhan dan cuba memesongkan akidah umat Islam terutama yang lemah. Antara caranya ialah membunuh dan menghidupkan semula orang yang dibunuh itu. Dajal juga disebut mengembara ke seluruh dunia dan cuma dua tempat yang tidak dapat dimasuki iaitu Makkah dan Madinah. Pada ketika itulah Allah mengutuskan Nabi Isa ke dunia untuk membunuh Dajal.

Mentakrifkan Dajal, ia berasal daripada perkataan ad-Dajl yang bermaksud menyelubungi daripada segi bahasa. Oleh itu, orang yang pembohong digelar Dajal kerana menyembunyikan kebenaran dengan menunjukkan kebatilan.

Perspektif Islam menjelaskan Dajal adalah tokoh amat jahat yang kemunculan dan kerosakan yang dibawanya sudah diingatkan oleh Rasulullah dan peringatan itu tidak pernah dibuat oleh nabi terdahulu.

Hadis Rasulullah juga menjelaskan tanda-tanda kedatangan Dajal semakin jelas pada zaman pendusta dipercayai dan orang jujur pula sebaliknya, begitu juga yang terjadi orang tidak amanah diberi kepercayaan manakala orang amanah tidak lagi dipercayai.

Menurut Hadis riwayat Muslim pula, Rasulullah bersabda: “Akan keluarlah Dajal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Aku sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajal itu.”

Satu lagi Hadis lain menyatakan kedudukan Dajal di laut Syam atau Yaman dan akan datang dari arah timur. Sementara Hadis yang diriwayatkan Tirmizi, menyatakan Rasulullah bersabda bahawa Dajal akan muncul dari arah timur bernama Khurasan.

Sementara bagi penganut Kristian, Dajal disebut sebagai ‘AntiChrist’ yang muncul sebagai pemimpin gabungan bangsa akhir zaman untuk menentang Allah manakala di kalangan puak Yahudi, Dajal dikenali sebagai Armilus yang dikatakan menyerang dan menakluk Baitulmaqdis serta menganiayai kaum itu, membuatkan mereka berdepan penderitaan paling teruk.

Bagi Yahudi, Armilus adalah pemimpin yang akan muncul pada akhir zaman dan akan dikalahkan Nabi Isa.

Apa pun takrifan mengenainya, cerita mengenai Dajal mempunyai pelbagai versi yang sekali gus menimbulkan macam-macam persepsi. Umat Islam sebaiknya merujuk kepada banyak Hadis sahih yang mengisahkan mengenai Dajal kerana hadis palsu juga tidak kurang banyaknya menceritakan mengenainya dan menimbulkan salah faham masyarakat sehingga mudah melabel kecacatan sebagai tanda kelahiran Dajal.

Berita kelahiran bayi bermata satu tidak sepatutnya disalah faham kerana salah satu Hadis menegaskan Dajal sudah ada sejak zaman Nabi Muhammad yang usianya dipanjangkan Allah untuk muncul semula pada akhir zaman dengan izin Allah untuk menguji iman manusia. Hadis juga menjelaskan Dajal adalah manusia biasa yang diberikan kekuasaan luar biasa Allah.

Sehubungan itu, daripada terpedaya dengan berita yang belum ditentukan kesahihannya serta mempercayai tanpa usul periksa penyebaran video, lebih baik jika umat Islam mengikut panduan Rasulullah untuk mengelakkan fitnah Dajal iaitu menghafal 10 ayat pertama dan terakhir surah al-Kahfi selain doa yang dibaca sebelum memberi salam setiap kali selepas solat yang bermaksud: “Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajal.”

Propaganda, alat pesongkan akidah

USAH mudah terpedaya dengan dakyah yang mahu memesongkan akidah. Itulah peringatan dilontarkan ulama mengenai tindakan pihak yang sengaja mahu memperdayakan umat Islam dengan mendakwa kemunculan Dajal ketika ini, khususnya menerusi penyebaran berita di internet.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Prof Datuk Dr Muhammad Yusoff Hussein, menyifatkan penyebaran berita dan video mengenai kelahiran Dajal sebagai satu usaha pihak tertentu yang ada kepentingan iaitu mencetuskan keresahan umat Islam.

Selain meminta umat Islam mendapatkan pandangan kalangan ulama jika berdepan keraguan mengenai maklumat yang diterima, Muhammad Yusoff berkata, apa yang lebih penting adalah tidak mudah panik dan menerima bulat-bulat apa yang dibentangkan di internet, baik menerusi laman sosial atau pun Youtube.

Tidak menafikan ia adalah petanda besar kedatangan Kiamat, Prof Muhammad Yusoff, berkata Dajal seperti yang diperincikan dalam Hadis datang untuk merosakkan alam dengan cara amat menakutkan.

“Dajal termasuk dalam perkara sam’iyat iaitu perkara ghaib seperti syurga, neraka, malaikat.

“Ciri-ciri fizikalnya digambarkan menakutkan seperti juga cara malaikat maut digambarkan.

“Bagi saya, penyebaran berita dan video itu satu propaganda pihak tertentu untuk menarik perhatian umat Islam. Nasihat saya, jangan terpedaya kerana apa yang dipaparkan menyimpang daripada konsep sebenar. Saya bimbang punca berita itu diperoleh daripada sumber yang tidak sahih. Ia sekadar ingin menakutkan orang,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, agak keterlaluan melabelkan bayi yang dilahirkan dengan mata satu itu sebagai Dajal kerana hakikatnya ia satu bentuk kecacatan.

“Saya rasa agak melampau kenyataan itu. Sudahlah kanak-kanak itu dilahirkan cacat, kita pula melabelnya sebagai Dajal. Itu tidak adil,” katanya.

Sumber: Berita Harian

May 15, 2011

Keramahan Itu Menyenangkan

0 comments

Keramahan Itu Menyenangkan. Tidak hanya bagi orang lain yang melihatnya, tapi juga bagi diri kita. Keramahan akan menambah tenaga diri dalam menjalin hubungan dengan orang lain.

Demikianlah jika batu dihantukkan dengan batu lain, nescaya salah satu atau keduanya akan ada yang terbelah. Akan tetapi, jika batu dihantukkan dengan tanah liat, nescaya batu itu akan melekap dan menyatu dengan tanah liat.

Didalam Al-Qur'an terdapat rumusan untuk menaklukkan hati, iaitu dengan bersikap lemah-lembut dan penuh kasih sayang. Allah SWT berfirman, "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-Mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Allah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya, dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." (QS An-Nahl [16]: 125)

Kita boleh merasakan apabila sedang kesal atau marah, lalu berjumpa dengan orang yang bijaksana. Baru menatap wajahnya yang jernih dan cerah saja, hati kita sudah merasa sejuk. Belum lagi perhatian yang tulus serta keramahan dan tutur katanya yang berisi. Sikap ini berkesan meredam emosi kita. Bahkan, mungkin sahaja kita akan berubah fikiran dan menyesali perbuatan yang sebelumnya kita anggap benar.

Ternyata pokok pangkal kesusahan itu tidak terletak pada masalah yang sednag dihadapi. Namun, terletak pada sikap kita ketika menghadapi masalah tersebut. Sikap emosional tidak dapat menyelesaikan masalah dengan baik. Sebaliknya ia akan lebih memberatkan masalah yang dihadapi.

Sikap emosional sebenarnya berakar pada peribadi yang jauh dari kejernihan hati. Akibatnya suasana hati akan lelah, tegang, dan jauh dari ketenangan serta kebahagiaan. Keadaan seperti ini jelas akan berpengaruh pada perilaku. Mengapa? Reaksi apapun yang kita tampilkan, tidak akan jauh berbeza dengan suasana hati.

Kerana itu, cubalah untuk menghadapi hidup ini dengan penuh semangat. Tunjukkan selalu wajah yang cerah dan jernih. Tersenyumlah dengan wajar dan ikhlas. Temuilah orang lain dengan sikap yang sopan dan santun, dan sapalah mereka dengan penuh keramahan dan penghormatan. Bila demikian, nescaya kita akan menemui bahawa beban yang selama ini menghimpit hati, akan terasa jauh lebih ringan dan lapang.

Selain itu, semangat untuk menghadapi persoalan pun akan berlipat ganda. Terlebih bila orang lain membalas keramahan kita. Semua itu akan menjadi tambahan tenaga dalam menghadapi berbagai masalah yang menghadang.

Keramahan itu menyenangkan. Tidak hanya bagi orang lain yang melihatnya, tapi juga bagi diri kita. Bukankah kita menginginkan kebahagian dalam hidup? Maka, marilah kita mulai dari sikap yang paling murah dan ringan, tapi cepat dirasakan hasilnya.

Selamat berbahagia bagi sesiapapun yang boleh bersikap ramah. Sekalipun terhadap orang yang berbuat tidak baik kepadanya. Wallahualam.

May 8, 2011

Siapa Malaikat Itu?

0 comments

Suatu hari seorang bayi menerima perintah daripada Penciptanya:" Sebentar lagi, engkau akan bersiap sedia untuk diturunkan ke dunia."

Sesungguhnya bayi itu berasa amat takut, gusar memikirkan akan dilahirkan ke dunia yang tidak pernah dilihatnya.

Lalu bayi itu bertanya kepada Tuhannya:" Selama ini ada malaikat yang menjagaku. Dan para malaikat ini memberitahu aku akan dikirimkan kedunia. Tetapi, bagaimana aku akan hidup di dunia itu dengan tubuhku yang kecil dan lemah ini?"

Lalu Tuhannya menjawab:"Jangan takut. Sesungguhnya aku telah memilih seorang malaikat untuk menjaga dan mengasihimu di dunia itu nanti."

Akibat masih takut, bayi itu bertanya lagi:"Didunia itu sudah tentu berbeza. Jika didalam syurga ini aku hanya perlu bermain, bernyanyi dan ketawa membuatku terasa bahagia. Bagaimana di dunia itu nanti?

Lalu Tuhannya menjawab:"Jangan takut. Malaikat yang kupilih itu akan menyanyikan lagu untukmu, menghadiahkanmu dengan senyuman dan kasihnya membuat engkau berasa hangat dan dicintai!"

Bayi itu masih belum berpuas hati lalu bertanya lagi:"Aku tidak akan memahami bahasa mereka dan mereka juga tidak akan memahami apa yang aku bicarakan. Bagaimana aku boleh hidup dengan mereka?"

lalu Tuhannya menjawab:"Malaikat yang kupilih itu akan berbicara padamu dengan bahasa yang paling indah, paling lembut dan dipenuhi kesabaran dan perhatian. Dengan ketulusan dia akan mengajarmu untuk berbicara."

Bayi itu bertanya lagi:"Dan bagaimana caranya perlu aku lakukan jika ingin berbicara dengan-Mu kelak?"

lalu Tuhannya menjawab:"Malaikatmu itu akan mengajarmu bagaimana caranya nanti!"

Bayi itu masih terus bertanya:"Aku dengar di dunia itu ramai orang jahat. Jadi siapa yang akan melindungiku nanti?"

lalu Tuhannya menjawab:"Malaikatmu itu akan melindungimu dengan segenap jiwa raganya sekalipun perlu mengorbankan dirinya!"

Dengan sedih bayi itu bertanya lagi:"Aku akan berasa sedih kerana tidak dapat bersama dengan-Mu lagi!"

Lalu Tuhannya menjawab:"Usah gusar. Malaikatmu itu akan menceritakan tentang-Ku padamu. Malaikat itu akan mengajar engkau bagaimana engkau akan kembali kepada-Ku bila sampai waktunya nanti. Sesungguhnya Aku sentiasa berada disisimu!"

Dan sebelum diturunkan ke dunia, bayi itu bertanyakan soalan terakhir:"Jika sudah terpaksa aku pergi ke dunia itu, bolehkah aku tahu siapakah nama malaikat yang Engkau maksudkan itu?"

Lalu Tuhannya menjawab:"Ibu! Ibu yang melahirkan engkau!"


Apr 27, 2011

Awas Wanita! Serbuk perangsang seks!

0 comments

Serbuk perangsang seks
Caranya mudah. Cuma koyak, campurkan ke dalam minuman dan kacau hingga sebati, namun kesannya amat berbahaya kerana ia dikatakan mampu meningkatkan nafsu seks wanita secara mendadak hingga memudahkan mereka menjadi mangsa rogol.

Bungkusan serbuk perangsang seks yang berharga RM15 hingga RM50 sebungkus itu kini sering digunakan lelaki hidung belang sekitar bandar ini untuk memerangkap wanita yang baru dikenali hingga ke bilik tidur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan meminta orang ramai terutama wanita lebih berhati-hati untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa lelaki yang melakukan jenayah seks menggunakan serbuk perangsang seks terbabit.

Menurutnya, biarpun belum menerima laporan kes khususnya rogol yang menggunakan bahan perangsang seks terbabit, polis tidak menolak kemungkinan kejadian seperti itu boleh berlaku.

Apr 5, 2011

Video Panas Anwar Ibrahim, benarkah?

0 comments

Video s*** Anwar Ibrahim mula tersebar luas di internet tapi belum dipastikan benar atau tidak pelaku didalam video tersebut ialah Anwar sendiri ataupun tidak.

Sama-sama la kita nantikan keputusan pihak yang berkenaan.

video-seks-anwar-ibrahim

Apr 4, 2011

Murid dibelasah guru sampai mati!

0 comments

Selepas koma tiga hari akibat mengalami pendarahan dalaman, seorang murid tahun satu juga seorang anak yatim piatu dan bersekolah disebuah sekolah agama persendirian di Arau, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, meninggal dunia!

Pembunuh yang juga guru mangsa telah ditahan reman bagi tujuan siasatan. Difahamkan, punca kejadian mangsa dibelasah dengan teruk kerana didakwa mencuri wang RM7 milik rakan sekelas.

Diharapkan pembunuh ini akan diadili seadil-adilnya didunia dan dihukum Allah seberat-beratnya diakhirat..amiin..

Murid dibelasah guru sampai mati!

Apa kata anda?

Ahli Silap Mata yang Silap!

0 comments

Ahli silap mata pun tersilap juga. Malangnya kalau kesilapan itu sehingga membunuh orang yang tersayang boleh membawa kesalan sepanjang hayat.

Video dibawah menunjukkan kesilapan seorang ahli silap mata hingga membunuh tanpa sengaja isterinya sendiri.

Amaran: Kepada penonton yang mempunyai penyakit darah tinggi dan lemah jantung dinasihatkan tidak menonton video ini!



Doa Seorang Pencinta

0 comments

Cinta datanglah padaku
Dakaplah diriku dalam ketenangan
Ciumlah aku dalam keberkatan
Kerna aku mencari redha tuhan
Dalam sebuah perkahwinan

Kekasih
Kau umpama pakainku
Buruk baikku
Itulah dirimu
Isteriku

Syariat itu pakaianmu
Doa yang tidak pernah putus menungguku
Seorang kekasih yang tidak kau ketahui
siapa aku
Hanya doa yang bersatu
Kesetiaanmu
Ketabahanmu
Kesabaranmu
Di jiwamu
Menunggu anugerah cinta
Dari yang maha Esa
Dan akhirnya kita bersatu

Isteriku
Bertuahnya aku memilikimu
Lembutmu bukan palsu
Kasihmu benar mujarab
Merawat jiwaku
Yang kadang2 disambar
Amarah yang mengunung…
Kau sabar meredakan api yang meradang
Singa yg dalam kelaparan
Kaulah pencinta
Penuh kesetiaan

Apr 3, 2011

Miley Cyrus - Finally Mylie Doll

0 comments

Sudahkah anda membaca berita mengenai Miley Cyrus hari ini? Kasihan apabila anda menjadi bintang popular bila imej patung anda direka sebagai patung seks.
Miley Cyrus - Finally Mylie Doll


Begitulah yang terjadi kepada bintang remaja popular Miley Cyrus. Dilaporkan Miley Cyrus begitu berang dan dilaporkan akan menyaman pengeluar patung tersebut, namun belum sempat Miley mengemukakan samannya, syarikat terbabit berkata produknya itu sudah habis dijual.


Finally Mylie
Patung seks Finally Miley itu dijual pada harga AS$27.49 (RM142) di kedai buku internet, Amazon.com

Mar 31, 2011

Kanak-kanak paling berat didunia

0 comments

Lu HaoSeorang kanak-kanak berusia tiga tahun di China menggemparkan laman Internet minggu lalu apabila mempunyai berat 62 kilogram.

Lu Hao dikatakan boleh memakan tiga mangkuk besar nasi sekali hidangan dan akan mengamuk selagi tidak kenyang.

The Sun melaporkan, ibu bapa kepada kanak-kanak itu, Lu Yuncheng dan Chen Huan bimbang dengan pembesaran melampau anak mereka itu dan cuba mengurangkan makanannya, tetapi tidak berjaya kerana Lu Hao akan menangis tanpa henti.

Mereka juga telah cuba menggalakkannya berdiet tetapi turut gagal.

Lu Hao dilaporkan mengalami peningkatan lebih 9 kilogram tahun lalu.

Menurut Lu Yuncheng, anaknya itu hanya seberat 2.5 kilogram ketika dilahirkan, tetapi kini berat badannya lima kali lebih berat dari kanak-kanak seusianya.

Komen: Hidup untuk makan atau makan untuk hidup..

Sumber: Utusan Malaysia

Mar 17, 2011

Dari Hal Marah

0 comments

Antara maksud-maksud hadis Nabi s.a.w. ialah:

Marah itu membinasakan iman seperti jadam membinasakan air madu.

Tidaklah marah seseorang itu melainkan hampir ia dengan Neraka Jahannam.

Bahawa marah itu daripada syaitan dan syaitan itu dijadikan daripada api dan hanya padam api itu dengan air. Maka apabila marah seseorang kamu, hendaklah ia mengambil air sembahyang.

Tidaklah kuat itu dengan banyaknya bekerja. Sesungguhnya orang yang kuat itu ialah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah.

Barangsiapa menahan marah dan ia sanggup melaksanakannya, nescaya ia dipanggil oleh Allah dihadapan ramai manusia dan disuruh memilih diantara bidadari yang dikehendakinya.

Barangsiapa menahan marahnya nescaya Allah tutup keaibannya.

Dua orang yang maki-memaki itu adalah dua syaitan yang sedang maki-memaki.

Kepala kedunguan itu marah, panglima kedunguan itu marah.

Mar 14, 2011

Adakah Tuhan menciptakan segalanya?

0 comments

Adakah Tuhan menciptakan segala yang ada? Adakah kejahatan itu ada? Adakah Tuhan menciptakan kejahatan? Seorang Profesor dari sebuah universiti terkenal menyoal mahasiswa-mahasiswanya dengan pertanyaan ini.

"Adakah Tuhan menciptakan segala yang ada?".

Seorang mahasiswa dengan berani menjawab,

"Betul, Dia yang menciptakan semuanya"

"Tuhan menciptakan semuanya?" Tanya profesor sekali lagi.

"Ya, semuanya" kata mahasiswa tersebut.

Profesor itu seterusnya berkata,

"Jika Tuhan menciptakan segalanya, bererti Tuhan menciptakan Kejahatan. Kerana kejahatan itu ada dan menurut prinsip kita bahawa pekerjaan kita menjelaskan siapa kita, jadi kita bolehlah mengatakan bahawa Tuhan itu adalah kejahatan."

Mahasiswa itu terdiam dan tidak dapat menjawab hipotesis profesor tersebut.

Profesor itu merasa menang dan menyombongkan diri bahawa sekali lagi dia telah membuktikan bahawa agama itu adalah sebuah mitos.

Tiba-tiba seorang mahasiswa lain mengangkat tangan dan berkata,

"Profesor, bolehkah saya bertanya sesuatu?"

"Tentu saja," jawab si Profesor

Mahasiswa itu berdiri dan bertanya,

"Profesor, adakah dingin itu ada?"

"Pertanyaan apakah itu? Tentu saja dingin itu ada. Adakah kamu tidak pernah demam selsema?" Tanya si profesor diiringi tawa mahasiswa yang lain.

Mahasiswa itu menjawab,

"Kenyataannya, rasa dingin itu tidak ada. Menurut hukum fizik, yang kita anggap dingin itu adalah ketiadaan panas. Suhu -460F adalah ketiadaan panas sama sekali. Dan semua partikel menjadi diam dan tidak boleh bereaksi pada suhu tersebut. Kita menciptakan kata dingin untuk mendeskripsikan ketiadaan panas."

Mahasiswa itu seterusnya bertanya,

"Profesor, adakah gelap itu ada?"

Profesor itu menjawab,

"Tentu saja gelap itu ada."

Mahasiswa itu menjawab,

"Sekali lagi anda salah. Gelap itu juga tidak ada. Gelap adalah keadaan dimana tidak ada cahaya. Cahaya boleh kita pelajari, tetapi gelap tidak."

"Kita boleh menggunakan prisma Newton untuk memecahkan cahaya menjadi beberapa warna dan mempelajari berbagai panjang gelombang setiap warna."

"Tapi kita tidak boleh mengukur gelap. Seberapa gelap suatu ruangan diukur dengan berapa terangnya cahaya di ruangan tersebut. Kata gelap dipakai manusia untuk mendeskripsikan ketiadaan cahaya."

Mahasiswa itu bertanya lagi,

"Profesor, adakah kejahatan itu ada?"

Dengan bimbang professor itu menjawab,

"Tentu saja, seperti yang telah saya katakan sebelumnya. Kita melihat setiap hari banyak kejahatan dan kekerasan di antara manusia. Perkara-perkara tersebut disebabkan oleh kejahatan."

Menjawab kenyataan Profesor, mahasiswa itu berkata,

"Sekali lagi Anda salah. Kejahatan itu tidak ada. Kejahatan adalah ketiadaan Tuhan. Seperti dingin atau gelap, kejahatan adalah kata yang dipakai manusia untuk mendeskripsikan ketiadaan Tuhan."

"Tuhan tidak menciptakan kejahatan. Kejahatan adalah hasil dari tidak hadirnya Tuhan di hati manusia. Seperti dingin yang timbul dari ketiadaan panas dan gelap yang timbul dari ketiadaan cahaya."

Profesor itu terdiam.

Dan mahasiswa itu adalah,

Albert Einstein

Albert Einstein

Panduan Deposit Akaun Forex

0 comments

Untuk mendeposit ke akaun anda, ada beberapa langkah yang perlu di lakukan. Sila ikut satu persatu langkah yang diberikan dengan teliti supaya tidak berlaku sebarang kesilapan.

IKOFX telah melantik beberapa orang wakil untuk mendeposit modal ke akaun trader yang di panggil 'LOCAL DEPOSITOR'.

Sila login ke CABINET (https://secure.ikofx.com/cabinet) terlebih dahulu.

Langkah 1:

Sila klik FUND DEPOSIT.



Langkah 2:

Klik DEPOSIT VIA LOCAL DEPOSITOR - Deposit dengan cara ini bermaksud anda ingin menambah/memasukkan wang deposit melalui Bank Tempatan.

Langkah 3:

Sila pilih negara. LOCAL DEPOSITOR dinegara anda akan membantu untuk memasukkan wang deposit kedalam akaun forex anda.

Langkah 4:

Masukkan deposit ke akaun bank LOCAL DEPOSITOR. Sila pilih mana-mana LOCAL DEPOSITOR.

Langkah 5:

Hantar SMS, YM atau Email kepada LOCAL DEPOSITOR yang telah anda masukkan deposit tadi. Sertakan Nama Penuh anda, Bank tempat anda memasukkan deposit, Masa, Jumlah Deposit dan Nombor akaun platform MT4.

Contoh: POLAN BIN POLAN, MAYBANK, 9.00AM, RM100.00, 20901234.

Setelah selesai deposit, LOCAL DEPOSITOR akan menghubungi anda dalam beberapa minit untuk mengesahkan pembayaran telah dibuat dan dan deposit telah dikreditkan kedalam akaun forex MT4.



Sila semak didalam terminal MT4 seperti dibawah dan sekarang bolehlah memulakan perniagaan matawang anda.

Mar 11, 2011

Panduan Verify Akaun Forex

1 comments

Langkah terakhir adalah anda perlu 'VERIFY' akaun anda.

KLIK pada butang 'Verification' dan ikut arahan seterusnya.

Panduan Verify Akaun Forex

Apa yang anda perlukan untuk Verify akaun anda adalah salinan 'scan' Kad Pengenalan serta Bukti Alamat anda. Tidak kiralah sama ada bukti alamat tersebut adalah Bil Elektrik, Statement Bank atau apa saja yang mempunyai alamat yang didaftarkan atas nama anda.

*Tips: Jika anda tidak mempunyai scanner atau tiada masa untuk ke cyber cafe, anda juga boleh menggunakan hand phone atau kamera digital untuk mengambil gambar Kad Pengenalan dan Utiliti Bil tadi.

Anda hanya perlu mengikuti arahan-arahan yang mudah dalam proses verify akaun anda ini.



Sila klik 'Identification' pada bahagian Proof Type untuk upload Kad Pengenalan dan klik upload. Setelah selesai ulangi langkah yang sama untuk 'Address'.

Selepas itu anda akan dihubungi melalui email setelah akaun anda berjaya melalui proses Verification'. Proses Verification mengambil masa 4-24 jam.

Mar 10, 2011

Panduan Update Personal Profile

0 comments

LOG IN ke CABINET, anda akan diberikan satu borang untuk dipenuhkan. Borang tersebut mengandungi pertanyaan-pertanyaan tentang maklumat peribadi anda. Penuhkan ruang yang diperlukan dengan menggunakan butiran yang betul.


*Sila klik gambar untuk paparan besar

Pada ruangan Account Type, anda boleh memilih sama ada untuk membuka akaun STANDART atau MINI. Jika modal anda kurang daripada USD2000, maka anda perlu memilih akaun MINI. Jika modal anda berjumlah USD 2000 dan ke atas, maka anda layak untuk membuka akaun jenis STANDART.

Pilih Leverage yang bersesuaian dengan modal anda. Di cadangkan untuk akaun MINI, anda memilih leverage 1:200 dan jika akaun STANDART 1:100

Bagi trader beragama Islam pula, anda boleh memilih untuk bermain dengan akaun Islamic tanpa SWAP. Hanya 'Tick' pada kotak kecil di dalam borang.

Setelah mengisi semua ruang yang disediakan, anda hanya 'tick' pada kotak 'I AGREE' di bahagian bawah syarat dan perjanjian. Kemudian, SUBMIT.

Setelah selesai langkah-langkah tersebut, anda akan menerima NO AKAUN TRADING anda serta beberapa password yang perlu anda simpan. Maklumat ini juga akan dihantar ke e-mail anda dan selalunya ia berada di bahagian SPAM.

No Akaun Trading dan password ini perlu anda gunakan untuk akses kepada trading anda di platform.

Phone Password pula diperlukan untuk membuat pengeluaran dana dari akaun FOREX anda.

Investor Password pula adalah password yang boleh diberikan kepada investor atau pemerhati (sekiranya ada). Investor tidak dapat melakukan apa-apa pada dagangan, hanya dapat memerhati sahaja.

Mar 3, 2011

Teman Sejati

0 comments

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan-jalan..
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa?

Kerana CINTA itu buta..
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga.. Kenapa?

Kerana.. KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA!
Didalam telaga CINTA hilang.. Kenapa??

Kerana CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap..
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa?

Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia.. kan?
Jadi hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....

Walau kita punya couple, teman tetap paling setia..

Walau kita punya harta banyak, teman tetap paling berharga..

Persahabatan Yang Ikhlas

0 comments

Antara perkara paling berharga dalam kehidupan ini adalah persahabatan yang ikhlas. Ia tidak mudah untuk dimiliki melainkan oleh mereka yang ikhlas mahu mewujudkannya. Jika Allah mencantumkan hati manusia tiada siapa boleh menghalangi mereka mengecapi nikmat persahabatan itu.



Sahabatku Yang Ku Sayangi

0 comments

Sahabatku yang kusayangi..
Adakala hidup ini tersusun dengan kekalutan
Kadang pula diisi dengan kegusaran
Yang menipiskan kesempatan untuk kita
Saling terus mengenali, mengambil tahu, mengambil berat
Maafkanlah kekurangan itu dan aku juga memaafkanmu kerana kutahu
kamu juga melalui hari yang sebegitu

Dan hari ini..
Tuhan memberi aku kesempatan lagi
Mensyukuri akan kehadiranmu
Menyampaikan padamu setiap baris doaku untukmu..
Agar kamu tahu.. selalu tahu
Kamu itu sentiasa diingatanku..

Wahai Yang Maha Pemberi Kurnia..
Kurniakanlah sebulat Kesejahteraan..
Kurniakanlah seluas Kebahagiaan..
Kurniakanlah sekuat Perlindungan-Mu untuknya..
Kasihilah dia selalu..
Wahai Yang Maha Pengasih..
Aamiin.. Yaa Rabbal 'Alaamiin..

Other Income

All Posts

 

© Big Money Working Smart | Templates by: theblogtemplates.com | Submit URL; 4.3.11 | Spampoison!

Counter Powered by  RedCounter